ADIL bermaksud sama rata. Baru di katakan ADIL. Jika tidak sama rata maka itu TIDAK ADIL namanya. Kalau orang Melaka kata ‘cengelat’. Anda mesti pernah menonton cerita P. Ramlee dalam filemnya bertajuk ‘Nujum Pak Belalang’, bagaimana penyamun-penyamun tersebut membahagikan harta-hartanya untuk dibahagi-bahagikan sama rata diantara kedua-duanya. Namun masing-masing ‘cengelat’ ketika hendak membahagi-bahagikan harta tersebut. Sehinggakan sampai ‘kepala bapak’ masing-masing keluar dari mulut mereka kerana ketidakadilan membahagikan harta tersebut secara ADIL dan saksama diantara mereka. Akhirnya masih tetap tidak selesai membahagi-bahagi harta tersebut kerana salah seorang ‘cengelat’ dan masing-masing tidak percaya diantara satu sama lain.
Maklumlah kerana harta masing-masing akan ‘cengelat’ dan tidak jujur sesama manusia. Sebelum hendak pergi mencuri pelbagai syarat dan janji ditaburi supaya mereka ini jadi berani kerana ada kawan yang mengikutinya bersama. Tetapi selepas selesai dan dapat apa yang telah mereka curi, janji entah kemana malah berbalah sesama sendiri dan menjadi tamak haloba. Mungkin akan dibunuh seorang lagi tu supaya harta yang dicuri tadi akan menjadi hak mutlaknya seorang .
Inilah simboliknya cerita P. Ramlee ini dengan apa yang ingin saya ceritakan kepada anda semua dalam tajuk saya hari ini berjudul ‘Keadilan untuk Si BiaDAP?’. Keadilan di sini sebenarnya saya merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat ataupun nama singkatannya PKR. Ataupun ‘Parti Kene Roket’. Dan Si BiaDAP ini pula saya merujuk kepada Parti DAP. Ini kerana Parti Keadilan Rakyat hari ini nampak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dikalangan orang-orang melayu dan juga orang-orang india khususnya. Dan parti DAP ini pula telah berjaya di dalam sejarah menakluki negeri-negeri di Malaysia ini terutamanya di Pulau Pinang selepas PAP yang telah memperolehi Singapura daripada kita. Apakah selepas ini Pulau Pinang pula kan jatuh dan keluar daripada negara kita ini? Entahlah, kita tunggu dan lihat sahaja apa meraka ini ingin buat dan lakukan nanti kepada Pulau Pinang ini.