26
May
08

Siapa Mahathir?

Tun Dr Mahathir bin Mohammad (popular dengan gelaran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi PM) dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau adalah anak kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Pada masa itu,Encik Mohamad telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau telah membawa Malaysia ke mercu kemodenan dan kemajuan dengan pantas.

Ada pendapat mengatakan bahawa beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan mengutamakan kroni.

Dr Mahathir juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang dan banyak menimbulkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia.

Nama Tun Dr Mahathir terus diingati sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”. Juga sebagai negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, dan terkehadapan dalam era globalisasi. Beliau dianugerahkan pangkat Tun pada 25 Jun, yakni pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.

Masa muda
Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa dia adalah adalah dari keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, sementara ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau tetap mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulin.

Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendul, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Anak-anak beliau ialah :

– Marina Mahathir
– Mirzan Mahathir
– Melinda Mahathir
– Mokhzani Mahathir
– Mukhriz Mahathir
– Maizura
– Mazhar

Pada 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Setar.

Kerjaya Politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau turut sama terlibat dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila United Malayan National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengaja menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Justeru tidak puas hati atas tuduhan bahawa beliau hendak memilih calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calun Parti Islam (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritikkan cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversial itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu. Buku itu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan diganti oleh Datuk Hussein Onn. Penggantinya, Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya. Beliau juga masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Dr Mahathir dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn mengumumkan untuk bersara. Semasa persaraannya, beliau menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.

Pernah berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dalam tahun 1987, beliau dicabar oleh Tengku Razalegh Hamzah. Namun Tun Dr. Mahathir berjaya mengalahkan pencabar beliau dan mengekalkan kerusi Presiden. Demikian juga pada tahun 1990 dan 1993, beliau terus dapat mengekalkan sebagai Presiden parti dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di zamannya juga, didapati Barisan Nasional pernah hilang dua buah negeri kepada pembangkang, iaitu Kelantan dan Terengganu. Selepas 22 tahun memimpin Malaysia, pada 31 Oktober 2002, Dr Mahathir mengambil keputusan untuk bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai penggantinya.

Era Dr. Mahathir merupakan satu era yang penuh kontroversi dan polemik baik dari segi pembangunan, politik, agama maupun anjakan pemikiran. Usaha-usaha beliau untuk mengubah cara berfikir dan bekerja orang Melayu tidak selesai sepenuhnya sehingga pada saat beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri. Pernyataan beliau mengenai kekecewaan itu boleh diimbas dalam beberapa kenyataan beliau menjelang persaraan. Hal itu juga jelas dalam siri mesyuarat agung UMNO sebelum persaraan yang penuh dengan linangan air mata.

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
http://www.pmo.gov.my/


1 Response to “Siapa Mahathir?”


  1. 1 unnkown civiliant
    October 18, 2008 at 2:17 pm

    hidup mahathir!!
    pemimpin pujaan sepanjang zaman!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: