15
Jun
08

Pak Lah Punca Negara Bankrup

Apabila kerajaan mengumumkan secara mengejut kenaikan harga minyak baru-baru ini, berduyun-duyun kenderaan berbaris untuk mengisi minyak masing-masing. Semua stesen minyak penuh sesak dari awal petang hingga ketengah malam.

Dan apabila kerajaan mengumumkan pembayaran rebat untuk semua jenis kenderaan bermula sabtu (semalam) maka berduyun-duyun rakyat jelata sanggup berbaris untuk mendapatkan bahagian masing-masing. Masing-masing menunjukkan wang yang mereka dapat (seperti gambar di akhbar semasa). Riak wajah masing-masing begitu gembira sekali dengan durian runtuh ini. Mereka seperti berterima kasih pada Pak Lah yang memberikan duit tersebut. Kerajaan sanggup mengeluarkan berbillon ringgit dalam bentuk tunai ini untuk diberi kepada mereka yang layak. Ini sebagai hadiah kepada rakyat kerana kenaikan harga minyak yang begitu tinggi sebelum ini. Kerajaan berharap agar rakyat duduk diam dan jangan mempertikaikan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan pada hari ini.

Dapatkah duit ini meringankan beban rakyat? kalau untuk sebulan saya percaya duit ini dapat menampung kesusahan dan keperitan rakyat menangani kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini. Tetapi rebat yang diberikan ini adalah untuk tempoh setahun. Saya percaya dalam 2-3 hari sahaja duit ini akan habis dibelanjakan. Selepas itu bertambah susah dan meranalah hidup kita kesan kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga barang pada hari ini belum sampai ke kemuncaknya ia baru bermula. Tunggu sedikit masa lagi semuanya akan naik belaka.

Keputusan Pak Lah memberi rebat tunai kepada mereka yang mempunyai motosikal ataupun kereta ini adalah satu tindakan yang ‘kurang bijak’ ataupun ‘idea bodoh’. Ianya hanyalah bersifat sementara dengan membazirkan wang rakyat. Walaupun wang ini di salurkan kepada rakyat (yang mempunyai motosikal dan kereta sahaja) secara terus dan rakyat akan menikmatinya hanyalah buat sementara waktu sahaja. Dan lagi bukannya keseluruhan rakyat dapat menikmati rebat tersebut. Sistem subsidi yang ada sebelum ini sudah cukup berkesan. Mengapa Kerajaan ingin beriya benar mengapuskannya dan mengantikan dengan pembayaran ribet tersebut? Benarkah negara akan bankrup sekiranya subsidi ini terus dibayar oleh kerajaan? Ya benar !negara akan bankrup di bawah Pak Lah dan bukan bankrup di bawah Tun Mahathir (jika beliau masih PM) ataupun dari mereka yang bijaksana.

Saya percaya jika negara kita ini ditadbir dan dipimpin oleh orang yang benar-benar layak dan tidak ‘bodoh’ seperti Pak Lah ini saya percaya negara kita mampu bertahan dan mempunyai mekanisma tertentu bagi menangani masalah tersebut. Pak Lah terlalu ‘boros’ membelanjakan wang rakyat tanpa memikirkan kepentingan negara dan rakyat. Wang rakyat diperuntukan berbillion ringgit untuk projek koridor yang dilaung-laungkannya. Wang rakyat juga digunakan bagi pembelian kapal mewah dan jet peribadinya semata-mata. Wang rakyat juga digunakan untuk membayar pampasan kepada kontraktor utama bagi projek-projek yang dihentikannya. Wang rakyat juga digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi perdana menteri bernilai jutaan ringgit. Wang rakyat juga dibelanjakan untuk anak dan menantu hidup senang seperti sekarang ini. Wang rakyat juga dibelanjakan untuk memberi ‘imbuhan’ kepada orang-orang tertentu demi kepentingan politik beliau. Pastinya negara akan bankrup di bawah pimpinan Pak Lah. Sebab dialah negara akan bankrup dan saya percaya bukannya subsidi ini yang akan bankrupkan kerajaan kita.

Sebab dia lah pengakses duit dan hasil negara. sebab dia Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Kewangan. Dialah bertanggung jawab menjaga amanah dan wang negara kita. Dia boleh sewenang-wenangnyer membelanjakan wang tersebut ikut kehendaknya. Jika dia terus memegang jawatan ini, akan bankrup lah negara kita suatu hari nanti.

Dengan ini saya merayu kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi mengelakkan negara kita ini bankrup ataupun muflis.


0 Responses to “Pak Lah Punca Negara Bankrup”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: