17
Jun
08

Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? ( Part I )

Saya bukanlah ahli nujum untuk menyatakan apa yang akan berlaku pada suatu masa nanti. Tetapi inilah hakikatnya bahawa Melayu akan menjadi pengemis di bumi sendiri pada suatu hari nanti, jika kita masih leka dan tidak berbuat sesuatu tindakan . Mengemis yang saya maksudkan disini bererti bangsa melayu akan terpinggir dan dianaktirikan di bumi sendiri, dan dimana bangsa-bangsa lain akan mendahului bangsa melayu dari pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan hak sebagai ketuanan di negara sendiri akan hilang dan terhakis.

Sehingga hari ini kita masih boleh bermegah dan berbangga kerana hari ini pemimpin-pemimpin tertinggi kita masih lagi orang melayu termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Raja dan Sultan yang masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara. Adakah kita sedar hari ini hak-hak dan nasib kita seperti yang saya sebutkan diatas telah terhakis dan hampir tergadai dan terpinggir di negara sendiri?

Walaupun hari ini kita berbangga mempunyai pemimpin melayu yang berjiwa rakyat dan sangat sensitif akan keadaan bangsanya sendiri tetapi kenyataan mereka ini adalah dari segi zahirnya, tetapi dalamannya ataupun jiwa sebenarnya adalah sebaliknya. Mereka lebih mementingkan kuasa dan wang ringgit adalah menjadi keutamaan mereka ini. Mereka sanggup dijadikan boneka bagi sesetengah bangsa lain untuk tujuan tertentu. Mereka sangat mementingkan diri sendiri hingga lupa kedudukan serta kepentingan bangsa sendiri.

Dari segi ekonomi , jika saya tidak tersilap (jika tersilap sila betulkan kenyataan saya ini) bangsa melayu hari ini pegangan ekuiti orang Melayu dalam ekonomi masih berada di sekitar 18%. Siapakah mereka yang 72% ini? Usahlah kita memikirkan siapa yang 72% ini yang perlu kita fikirkan kedudukan 18% ini. Setelah negara merdeka hampir 51 tahun ini adakah bangsa melayu mampu menguasai ekonomi negara sebanyak 18% sahaja? Mengapa kita begitu perlahan dan lemah untuk meningkatkan jumlah peratusan ini. Bukankah kita masih menjadi tuan di negara kita sendiri. Bukankah bangsa melayu itu sudah beribu-ribu tahun menduduki tanah melayu ataupun bumi bertuah ini.

Tugas memajukan bangsa melayu ini sebenarnya bukanlah bergantung pada pihak kerajaan dan parti politik tertentu semata-mata, sebenarnya ia bergantung juga pada setiap orang melayu itu sendiri. Saya tidak cakap ataupun menidakkan yang parti politik (contohnya UMNO/PAS/PKR) langsung mengabaikan nasib bangsa melayu itu sendiri. Segala apa yang direncanakan ataupun dirancangkan oleh mereka-mereka ini untuk menaiktarafkan orang melayu itu sendiri seharusnya dipuji dan dibanggakan tetapi yang menjadi persolan utamanya adalah perlaksanaannya. Adakah ia betul-betul berkesan? Adakah kesan itu dirasai oleh kita semua sebagai orang melayu? Perlaksanaan inilah akan diambil kesempatan oleh mereka-mereka untuk kepentingan peribadi mereka dan tujuan politik mereka. Walaupun mereka dari kalangan orang melayu sendiri. Pelbagai langkah telah diambil dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menggalakkan penglibatan orang melayu dalam sektor ekonomi di samping peluang ekonomi yang adil kepada bangsa lain. Ada juga sesetengah pemimpin kita yang sedar dan dengan rasa tanggungjawab ingin membantu bangsanya sendiri tetapi tugas dan tanggungjawab serta amanah yang telah diberi kepada se-setengah orang ini di salahgunakan untuk tujuan lain tanpa pengetahuan pemimpin tersebut. Dan ada juga segelintir orang melayu itu sendiri yang hanya berdiam diri dan tidak mahu melibatkan diri masing-masing dan merebut peluang ekonomi di negara kita ini. Mereka hanya pandai bercakap dan berangan-agan besar.

Dan terdapat juga pendapat mengatakan masalah ini berpunca dari sikap orang melayu itu sendiri. Antara sikap-sikap negatif orang melayu itu sendiri ialah seperti malas berusaha, pentingkan diri sendiri, hasad dengki, eksyen lebih, bodoh sombong dan bermacam-macam lagi. Bagi saya sifat-sifat sebegini bukan ada pada orang melayu sahaja, sebenarnya ini lah sikap-sikap negatif yang ada pada semua umat manusia di bumi ini. Diri sendiri sahajalah yang dapat mengenepikan sifat-sifat sebegini dari diri masing-masing. Siapa yang tidak mahu hidup senang? Siapa yang tidak mahu memiliki perniagaan sendiri? Siapa yang tidak mahu ada tanah, ladang ataupun rumah besar? Siapa yang tidak mahu ada wang yang banyak di dalam bank? Siapa yang tidak mahu ada kereta sendiri? Siapa yang tidak mahu kerja sebagai ekskutif ataupun pengurus yang dibayar gaji yang lumayan? Siapa yang tidak mahu ini semua. Semua orang mahu mendapatkannya. Semua orang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Bukan semua orang melayu hari ini yang dapat apa yang telah saya sebutkan diatas. Insyallah mungkin disatu hari nanti mereka ini akan dapat apa yang mereka kehendakkan asalkan mereka begitu bersungguh-sungguh mencapainya. Ini tidak mustahil. Yang pentingnya orang melayu mesti berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala apa yang di cita-citakan dan diangan-agankan selama ini.

….. bersambung


0 Responses to “Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? ( Part I )”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: