Archive for June, 2008



13
Jun
08

DBKL "Flip-Flop" Isu Kenaikan Meter Parking

Kelmarin saya menulis tentang isu DBKL Naikkan Kadar Letak Kereta Pusat Bandar. Kemudian Keesokkan harinya (12/8/08) di Utusan On-line dengan tajuk Kadar tempat letak kereta DBKL kekal. Kekal tapi caj tetap 80sen (setelah dinaikkan dari 60sen). Cakap tak serupa bikin. Dulu cakap (Sila rujuk disini ) perlaksanaan sistem “Pay and Display” ni cuma 60sen/jam dan dilanjutkan hingga 10.30 malam jer. Tak sebut pula pasal kenaikan kadar bayaran.

Buat Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan fikir-fikirkanlah nasib rakyat dan juga sentimen rakyat pada hari ini. Sistem yang ingin dilaksanakan ini masih boleh dikekalkan harganya, tidak perlu dinaikkan. Melainkan ada situasi menang-menang antara pihak DBKL dengan kontaraktor yang terlibat.

13
Jun
08

Tun Mahathir : Saya Tidak Akan Kembali Kepada UMNO Selagi Pak Lah Tidak Letak Jawatan

(Dipetik dari MStar Online – 12 Jun 2008)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau “nampak gagal” dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Saya nampak gagal tapi saya percaya kesannya dalam pilihan raya akan datang kerana tindakan parti terhadap saya, ramai pengundi akan tolak BN,” kata beliau dalam temu bual bersama mStar Online di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di sini.Ditanya mengenai peluang beliau berjaya dalam ‘perjuangan’ melawan kepimpinan parti kali ini, Dr. Mahathir berkata: “Mungkin tiada peluang, tapi tak apa.”

“Saya dapat menunjukkan saya menentang. Kalau orang hendak kata saya salah, OK.”

Bekas Presiden Umno itu keluar parti pada 19 Mei lalu. Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut keluar Umno berada di pejabat Dr. Mahathir ketika sesi temu bual dengan mStar Online.

Kedua-dua mereka memegang nombor keahlian Umno 0000001 dan 0000002.

Umno dan BN buat pertama kali telah berhadapan dengan prestasi paling buruk dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Ketika kepimpinan beliau, BN pernah kehilangan dua negeri iaitu Kelantan pada 1990 dan disusuli Terengganu 1999, yang ditawan semula tahun 2004.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai pembangkang manakala majoriti dua pertiga dipegang BN di Dewan Rakyat juga dinafikan.

Sama ada yakin atau tidak akan mencapai kejayaan dalam usaha untuk mengubah kepimpinan Umno, kata Dr. Mahathir, apa yang penting ialah beliau menyuarakan pandangannya apabila tidak setuju dengan kepimpinan parti.

Dr. Mahathir, yang lantang bersuara dalam banyak perkara dan berhadapan dengan pelbagai isu sepanjang kepimpinan 22 tahun sebagai Perdana Menteri pernah dianggap sebagai pemimpin yang makin berpengaruh dan mantap apabila berhadapan isu-isu yang mencabar.

Menjawab soalan itu, beliau hanya berkata, “saya tidak tahu, kamu tengok sahajalah.”

Dr. Mahathir juga mengakui beliau seolah-olah kelihatan seorang diri cuba membawa perubahan dalam Umno sejak keluar parti 19 Mei lalu.

Selain Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, yang turut keluar secara terbuka ialah anak mereka, Datuk Mokhzani dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

“Ya, nampak saya seorang diri, tapi ramai yang sokong, mereka tak ambil tindakan, tak berani ambil tindakan,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini tiada pihak yang datang menemui untuk meminta beliau mengubah pendirian dalam soal tersebut.

“Saya duri dalam daging, sekarang sudah dikeluarkan, tak akan nak masuk balik,” kata Dr. Mahathir dan menambah, beliau tidak akan kembali sama sekali ke Umno selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Majlis Tertinggi Umno meskipun menerima keputusan keluar parti tetapi bersedia untuk menerima beliau jika Dr. Mahathir berhasrat untuk kembali semula.

“Dulupun, saya balik ke Umno apabila Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj) sudah tarik diri (berundur). Inipun saya kata kalau Abdullah tarik diri, keluar daripada parti atau letak jawatan, saya masuk parti.

“Bagi saya, saya tiada pilihan, selagi ada Pak Lah, saya tak (akan) kembali,” katanya.

Selepas tiga minggu keluar Umno, Dr. Mahathir berkata, keadaan tidak banyak berbeza.

“Tiada beza, bila saya ada dalam Umno selepas saya letak jawatan (tahun 2003), saya terus berada dalam Umno.

“Layanan kepada saya seolah-olah saya daripada parti lawan, saya disekat tidak boleh bercakap, tak boleh bertemu dengan orang Umno, menteri tak boleh jumpa saya, saya tak boleh jumpa menteri, kalau saya ada syarahan, ahli Umno tidak boleh hadir, ketua bahagian tidak boleh hadir.

“Jadi sekarang ini saya bukan ahli Umno, (keadaan) sama saja. Keadaan itu tidak berbeza,” katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau memang bebas pada masa lalu tetapi orang tidak berani menemui dan masih tidak berani berbuat demikian.

“Sekarang ini pun tak berani datang jumpa, dia (mereka) takut. Hari ini (Selasa lalu) saya bercakap di Bankers Club. Walaupun ada ahli Umno jadi anggota Bankers Club, tetapi tidak hadir,” katanya.

Ekoran itu, tambah beliau, jika situasi tersebut berterusan ramai akan tetap merasa kecewa dengan Umno dan akan menyokong parti lawan sehingga bakal membawa kepada kekalahan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dr. Mahathir juga menyentuh mengenai UMNO dan pilihan raya umum ke-12 dalam blognya hari ini.

11
Jun
08

DBKL Naikkan Kadar Letak Kereta Pusat Bandar

Petang tadi saya menerima sms dari sahabat saya mengatakan caj parking di KL dinaikkan 20sen menjadikannya 80sen/jam. manakala luar bandar (selain KL) pula diturunkan 10sen, menjadikannya 50sen/jam. Dan menyedihkan lagi tempoh masa bayaran dilanjutkan dari 7.30 pagi hingga 10 malam – sebelum ini 8.00 pagi – 6 petang sahaja. Dan juga memeranjatkan saya caj parking tersebut akan dikira termasuk hari sabtu dan ahad (termasuk cuti umum). Segala kerja-kerja penggantian meter parking telah/sedang dilaksanakan. Kenyataan ini diumumkan oleh Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan hari ini.

Dalam keadaan rakyat tengan “trauma” dengan kenaikan minyak baru-baru ini, pihak pemerintah hari ini sekali lagi menambah sakit kepada rakyat dengan kenaikan caj bayaran parking pula. Apa kene mengena parking ngan kenaikan harga minyak pula? sungguh tidak logik! dalam keadaan kerajaan ingin memujuk rakyat dengan langkah2 penjimatan, hari ini dengan bongkaknya menaikkan harga caj parking pula (KL Sahaja), dan kemudian menyediakan peruntukan menukar meter-meter parking diseluruh kawasan KL. Bukankan ini satu langkah pembaziran dan menekan lagi hidup rakyat. Sepatutnya Kerajaan mengambil inisiatif supaya dapat mengurangkan beban rakyat yang mana kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang ini dapat diimbangi agar semuanya tidak tinggi belaka. Jika semuanya naik pada masa ini saya percaya kebencian rakyat kepada kerajaan juga akan NAIK. Bila kebencian rakyat sudah NAIK pada satu tahap maximum nescaya Kerajaan yang ada pada hari ini akan diturunkan secara paksa. Fikir-fikirkanlah.

11
Jun
08

Video Klip – Pak Lah Loni Tok Serupo Mulo

10
Jun
08

Pak Lah Yang Sedang Tidur

08
Jun
08

Dr Mahathir’s Biography

05
Jun
08

10 Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barang…

Disini saya senaraikan langkah-langkah yang perlu kita ambil bagi mengatasi serta mengurangkan beban kita sebagai pengguna. Kadang-kadang kita sebagai hamba Allah mudah lupa diri dimana kita mengikut kehendak nafsu semata-mata. Padahal ini semua hanyalah sementara sahaja. Eloklah kita fikirkan masa depan kita dan masalah2 yang kita hadapi hari ini semoga ianya dapat menguatkan keimanan kita ke atasnya.

1. berhenti/kurangkan merokok – tukar ke jenama lebih murah
2. Kurangkan naik kereta, gunakan perkhidmatan awam ataupun motosikal (guna basikal lagi bagus)
3. Kurangkan pengunaan elektrik di rumah
4. Kurangkan pengunaan Handphone/telefon
5. Elakkan lebuhraya bertol
6. Tukar pengunaan Petrol ke Gas NGV untuk kenderaan
7. Berhenti dari membeli suratkhabar harian ataupun majalah – guna internet (jika ada)
8. Kurangkan aktiviti bersiar-siar atau melancong di dalam atau luar negeri.
9. Buat pekerjaan Part-time ataupun berniaga secara kecil-kecilan.
10. Berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki hambamu ini.

05
Jun
08

Dialog Bersama Dato’ Mukhriz – 8 Jun 2008 (Ahad)

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM DIALOG BERSAMA DATO’ MUKHRIZ
ANJURAN GABUNGAN TEKNOKRAT MERBOK

05
Jun
08

Kenyataan media Dato’ Mukhriz Mahathir mengenai pengumuman kenaikan harga runcit petrol

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman memeranjatkan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos. Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga.
Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi itu. Apapun, keputusan ini memberikan kesan kepada rakyat, termasuk golongan peniaga dan pedagang kerana ketidak ketentuan yang berlaku dan menyukarkan mereka untuk merancang perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berkesan kepada menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan ‘diluar kotak’ tersebut.

Saya terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini mengesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah berlaku kos sara hidup yang dijangkakan meningkat pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

*Ikuti temuramah Dato’ Mukhriz dengan Astro Awani mengenai isu pengumuman kenaikan minyak mendadak

Petikan dari : http://bigdogdotcom.wordpress.com/

05
Jun
08

Minyak Petrol/Diesel Naik – Pak Lah Zalim

Keputusan kabinet Pak Lah semalam mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel diseluruh negara bermula 12.00 tengah malam tadi sangat mengejutkan dan mengerikan sekali terutama kepada mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan yang miskin. Dalam mereka berkias-kias mengenai kenaikan minyak ini, sedang media-media masa hari-hari memainkan isu minyak ini seperti “kenaikan minyak dalam perbincangan”, ” minyak naik ogos?”, “Subsidi minyak akan dihapuskan” – alih-alih semalam tepat jam 5 ptg pengumuman kenaikan harga minyak ini di umumkan oleh perdana menteri yang sangat jahil lagi bodoh mengenai ekonomi. Dia nampak seperti membaca teks-teks yang telah disediakan oleh penasihat-penasihat beliau yang begitu tidak cerdik lagi bahlol. Mereka mendapati inilah satu-satunya jalan terbaik bagi menangani kenaikan minyak di pasaran dunia. Sudah tidak ada jalan lain bagi mereka. Inilah keputusan “terbaik” mereka. Memang sudah terang lagi bersuluh Paklah TIDAK layak menjadi pemimpin kita pada hari ini. Pak Lah telah menzalimi seluruh rakyat dengan bebanan kos sara hidup serta inflasi yang cukup tinggi pada hari ini. Susulan dari kenaikan “Rasmi” harga Petrol dan Diesel ini maka harga barang2 pengguna serta perkhidmatan lain juga akan meningkat. semuanyer akan naik walaupun sebelum ini barangan penguna seperti minyak, telor, beras, bawang, tepung, dll sudahpun meningkat naik secara mendadak. Rakyat sudah cukup menderita dibawah kepimpinan PakLah. Ingatlah wahai PakLAh bahawasanya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala-galanya. Amin.