03
Jul
08

Nasihat Brader Bro Kepada Semua Orang Melayu – Bahagian Pertama

Malam minggu yang lepas, saya bersama rakan-rakan saya bersembang di salah sebuah kedai mamak di Kampung Medan, Petaling Jaya. Bermacam-macam isu hangat telah kami bincangkan, tentang politik tanahair, mengenai masalah kepimpinan, isu kenaikan harga minyak, dan yang hangatnya perbualan kami malam itu adalah berkenaan isu perkauman. Pada mulanya saya hanya mendengar dengan sambil lewa sahaja kerana kebanyakkan isu-isu ini saya dah baca di dalam internet, surat khabar dan melalui cerita rakan-rakan yang lain.

Yang nyatanya saya dah jelak dengan isu kepimpinan, isu kenaikan harga minyak, isu politik, isu yang terbaru iaitu isu liwat Anuar Ibrahim. Tapi saya sungguh tertarik dan berminat mendengar cerita dari seorang yang saya panggil Brader “Bro” sahaja. Sebab satu lagi dia ini asyik sebut bro, bro, bro. Aku tak kisah, biasalah sekarang ni perkataan “bro” ni dah jadi trend bila bercakap dengan orang. Aku pun biasa juga gunakan perkataan “bro” ini.

Dia ni sebenarnya sebelum tu duduk meja berhampiran kami, setelah dia pasang telinga dan sedikit demi sedikit menghampiri meja kami seterusnya bagi salam dan terus duduk bersebelahan dengan kerusi saya. Dia pun masuk dari satu cerita ke satu cerita. Macam seperti sudah kenal lama lagaknya. Saya tertarik dengan gaya penceritaannya dan gaya bahasa yang digunakannya, amat menarik perhatian kami semua di situ. Di tambah pula soalan-soalan serta pertanyaan-pertanyaan daripada kami semuanya dijawab dengan jelas dan mudah untuk kami fahami. Brader “Bro” ni nampak muda lagi lebih kurang dalam 30-an dari raut wajahnya yang saya dapat lihat. Saya pun ambil PDA saya di dalam beg dan terus merakamkannya sebagai rujukan saya serta sebagai bahan saya di blog ini. Tapi saya betul-betul terlupa nak bertanyakan namanya. Mungkin suatu hari nanti saya akan bertemunya kembali. Sunggul “cool” Brader “Bro” ini.

Banyak juga sebenarnya yang saya masih belum tahu dah faham terutamanya hak-hak dan kepentingan orang melayu di negara ini dan tentang “semangat orang-orang melayu”. Hal inilah yang Brader “Bro” ni cerita dengan panjang lebar kepada kami malam itu. Bermula dari pukul 11.30 malam berlarutan hingga hampir Azan Subuh. Mengantuk kami jadi hilang kerana leka mendengar ceritanya, hampir 20 gelas air kami minum tinggal diatas meja hingga ke episod akhir.

Disini saya akan cuba mengedit dan menapis segala bentuk yang saya rasa tidak sesuai di tulis atau diceritakan kerana mungkin bersifat sensitif kepada sesetengah kaum. Risau juga saya akan akibatnya. Mana-mana bahagian yang yang terlepas dari tapisan saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya menghiris hati dan perasaan orang. Tidak terpikir atau terlintas di hati saya untuk berbuat demikian. Maafkan saya. Tetapi pada pengamatan saya, cerita ini bagus di kongsi bersama dengan anda dan juga sebagai bahan di blog saya ini. Terpulang lah kepada pembaca semua untuk memahaminya dan menilaikannya. Jika terdapat kesilapan ataupun faktanya kurang tetap, saya minta diperbetulkan dan di tegur. Saya juga akan menceritakan sepertimana gaya Brader “Bro” itu bercakap dalam maksud kata lain “bahasa pasar” seperti percakapan sehari-harian kita. Supaya memudahkan anda juga untuk memahami isi kandung cerita ini. Saya akan mengeluarkan cerita ini secara berperingkat-peringkat kerana ianya agak panjang dan mungkin membosankan anda membacanya nanti.

Ceritanya bermula setelah saya bercerita tentang hak-hak dan ketuanan melayu di Malaysia ini. Dan Tindakan Majlis Peguam menganjurkan serta mempersoalkan “Kontrak Sosial” bersama Ahli-ahli panel yang dijemput dan dibincangkan secara terbuka di Auditorium Majlis Peguam baru-baru ini.. Seterusnya saya bercerita tentang kemarahan “segelintir” orang melayu sahaja di dalam forum tersebut. Dan kemudian mereka membuat rancangan untuk menubuhkan “Pertubuhan Pribumi Perkasa” (PPP). Saya pun mula “promote” PPP ni kepada Brader “Bro” ini. Di samping tu saya mengajak dia menyertai Pertubuhan ini. Apa beliau katakana? Ikutilah kisah ini ………………….

EPISOD 1 – KISAH SEBELUM MERDEKA

Bro! bukan masalah nyer bagus ker tak bagus pertubuhan ini, tapi nak mempertahankan hak awak-awak gak dan semua penduduk bumiputera kt malaysia ni. Kita tak nak bangsa asing ni melampau sangat bersuara dan mempertikaikan hak-hak ini dan layanan istemewa kerajaan kepada kita. Kita berhak bro!. Moyang-moyang dengan Datuk-datuk diorang ni (kecuali komunis bintang 3) semuanyer paham-paham dan setuju mengenai hak-hak bumiputra ni. Cuma anak, cucu dan cicit mereka jer yang tak pueh hati dan dia orang ni akan cuba nak mendapatkan hak sama rata dengan orang melayu kalau boleh. Apa cara sekalipun dia akan cuba. Dia orang ni hanya menunggu masa sesuai untuk mengemukakan usul-usul mereka. Kalaupun 10 perkara mereka usulkan, jika dapat 1 pun dah cukup bagus. Dia tunggu masa lain plak yg 9 lagi tu, sampai tinggal 0 ler senang cakap. Baru diorang akan pueh hati.

Tapi Bro! Terus terang saya cakap, la ni kebanyakkan orang melayu…..sorry lah bro nak cakap ni.. tak sampai hati… tapi ini penting bro! aku kene cakap jugak.. kebanyakkan orang melayu la ni buat-buat lupa ….esok dah tersedar dari lamunan baru nak tergadah. Baru nak gi masuk persatuan, belajar silat, belajar menembak, belajar buat bom, semuanya “baru nak belajar”…. ni aku nak tujukan pada generasi anak melayu selepas merdeka. Aku yakin generasi sebelum merdeka ni (yang masa tu masih keciklagi dan belum baligh lagi tak kira ler) cukup cinta dan sayangkan negara ni bro. Mereka semua berani-berani bro, gagah-gagah bro, dan macam-macam “ilmu” bro diorang pakai. Pasalnya masa tu kira “terpaksa” bro nak lawan penjajah termasuk british, jepun,komunis bintang tiga . Terseksa hidup dia orang bro.Masing-masing duduk rumah pun tak senang, duduk dalam ketakutan, yg makan ubi kayu, mati kebulur pun ada, kene tembak, kene rogol, macam-macam lagilah bro. Yang mana takut tu bro dan pentingkan diri sendiri, sanggup join penjajah ni dan jadi talibarut, maksudnya bersengkokol lah macam tu . Asalkan tak mati katak, dan pastu boleh dapat upah “wang” yang bagi maklumat. Asalkan mereka selamat.

Yang mana berani tu masing-masing masuk “pertubuhan” ataupun persatuan,ada yang masuk jadi soljar, bergerak dlm kumpulan tertentu, pergi buat serang hendap, nak lawan musuh. Pakai keris ngan parang jer bro! aku ingat yg tak bawak apa-apa pun ader jugak..cuma bawak telur 2 biji…tapi mereka berani bro! – kami semua tergelak sekejap. Yang aku nak cakap kat sini bahawa dia orang ni semua, sungguh bersemangat, sungguh berani, sungguh professional dan yang penting nya mereka bersatu-padu bro!, Semata-mata nak lawan dengan penjajah. Tidak sia-sia usaha dan perjuangan mereka bro! Akhirnya negara kita bebas dari penjajah dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Korang semua tidak pernah rasa , termasuk aku sekalilah, tapi banyak dah orang-orang tua bercerita pada aku bro! dapat juga feel tu bro! – kami tergelak sekali lagi, dengan gaya dan mimik mukanya itu. Kemudian dia meneruskan kata-katanya lagi. Selepas itu bro!, Walaupun negara sudah merdeka tapi negara masih tak aman lagi, keadaan masih darurat lagi kerana ancaman PKM – Parti Komunis Malaya, tidak payahlah aku sebut sapa-sapa yang menganggotai parti ni. Korang dah tahukan? Walau macammanapun melayu ada jugak jadi ahli PKM ni. Kalau mati melayu ni tengah berperang kompom masuk neraka bro! Dia orang ini berjuang nak jadikan tanah melayu ni negara komunis. Tak mahu mengiktiraf agama Islam, tak mahu juga mengiktiraf agung sebagai ketua negara – Chin Peng lah kot akan jadi calon presidennya. Tapi akhirnya tak kesampaian jugak hajat dia orang ni. Akhirnya mereka tunduk kepada kuasa org melayu pada masa tu – kemudian mereka letak senjata dan menyerah kalah pada 2 Disember 1989 secara rasminya. Mereka akhirnya mengiktiraf Agung kita dan perlembagaan negara kita. Dia orang ni berjuang lebih kurang 40 tahun jugak bro! Tinggal dalam hutan jer. Tapi Bro! ini semua cerita lama Bro! Aku nak cerita pulak hal lepas merdeka ni.Ini lagi penting bro! kamu kene dengar aku nak cerita ni. Kalau kamu semua haus , kamu order lagi air, kali ni aku belanja korang pulak, yang tadi korang minum tu bayar sendiri, kalau nak makan pun boleh tapi bayar sendiri jugak. – kami tergelak sekali lagi.

(IKUTI SAMBUNGAN BAHAGIAN 2 ESOK)


0 Responses to “Nasihat Brader Bro Kepada Semua Orang Melayu – Bahagian Pertama”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: