04
Jul
08

Konspirasi Pak Lah, Anuar Dan Najib – Part 1

Anda percaya atau tidak, kalau saya katakan apa yang berlaku hari ini bukan nya satu konspirasi baru yang baru di dedahkan ataupun baru dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Sebenarnya konspirasi ini telah lama dirancang dan bermula episod ini apabila jatuhnya politik Anuar Ibrahim selepas dilucutkan jawatan TPM. Dan seterusnya apabila Paklah menjadi PM. Mereka-mereka yang saya maksudkan ini ialah :

1. Team Paklah (Kamaluddin, KJ & The Gang)
2. Team Najib & The Gang
3. Team Anuar Ibrahim & The Chronies

Konspirasi Anuar Ibrahim & Chronies
DSAI ni begitu kecewa akibat skandal liwatnya telah didedahkan dan akhirnya beliau ditahan di Penjara. Matlamat dan cita-citanya ingin menjadi “perdana menteri” suatu hari nanti berkecai, berderai dan terbarai. karier politik nyer gelap-segelapnya. Tapi apabila melihat kawan-kawannya (org politik dan ahli2 perniagaan bersekutu dgn nya), penyokong2 “taksub” yang berada dikelilingnya tetap memberi sokongan padu dan jitu. Akhirnya mereka merangka plan strategik jangka pendek dan jangka panjang untuk “membalas dendam” dan “mencari dalang” sebenar berikutan terbongkarnya kegiatan liwatnya itu. Tidak kira apa cara sekalipun dia mesti mendapat balik haknya yang sudah dinodai itu.
Maka penyokong yang “berani mati” ini pun memulakan langkah-langkah antaranya :

1. membuat tohmahan dan memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blog-blog, forum2 politik dan laman-lman web “reformasi”
2. membuat huru-hara dijalanan bagi mengambarkan ketidak sokongan rakyat kepada Tun Dr Mahathir
3. memasang spy dikalangan ahli-ahli politik dan juga kalangan “menteri-menteri” yang masih setia dgnnya untuk “mencari” dan mendapatkan “maklumat dalaman” mengenai keputusan dan tindakan kerajaan pada masa itu.
4. berusaha memburuk-burukan pencapaian dan jasa Tun Mahathir mohamad sehinggakan dibenci dan dilupai dikalangan ahli-ahli reformasi
5. Merancang “menaikkan” nama tertentu dikalangan menteri-menteri yang berpihak kepadanya dengan rasuah politik ataupun nama lamanya politik wang. sebagai hadiah kepada penyokong2 nya. Biasalah ada duit apapun boleh jadik.

Akhirnya masa-masa yang ditunggu ataupun PLAN A yang dirancangnya itu, tidak sia-sia dan berbaloi. Kerana ada “anak muda” ini yang “sanggup” dan “berani” kedepan demi memperjuangkan nasib “idola”nya yang turut disayanginya itu. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. memang giler budak ini. Akhirnya budak ini ditempatkan dikedudukan paling atas mengatasi kuasa PM itu sendiri. Manakan tidaknyan cerita dalam kelambu pun dia tahu. Sungguh dasyat peranan budak ini. akhirnya Anuar dapat diselamatkan dan dikeluarkan dari penjara dengan mudahnya. Anuar sgt berterima kasih dan menghargai jasa-jasa dan pengorbanan beliau selama ini.

Budi dan jasa budak ini bukan mudah untuk anuar membalasnya. dan akan dikenang sampai mati. “Pengaruh budak” ini sangat besar dan mungkin akan digunakan sebagai C4 untuk meletupkannya pada bila-bila masa. Pada mereka UMNO mesti dihapuskan atau dilupuskan terus dari arena politik negara. ataupun dipencenkan. Beliau berhasrat menggantikan UMNO ini dengan nama lain sebagai gantinya tanpa memikirkan kepentingan bangsa, agama dan negara. hari ini kita dapat lihat akan kejayaan-kejayaannya yang cemerlang, gemilang dan temberang. Antaranya :

1. Kejayaan mengaibkan UMNO pada PRU-12 baru-baru ini.
2. Kejayaan mengurangkan sokongan rakyat kepada BN
3. Kejayaan menutup dan mengenepikan jasa Tun Dr Mahathir Mohamad
4. Kejayaanmengusai sebahagian menteri-menteri dan orang-orang besar UMNO yang mempunyai kes-kes tertentu. Yang mana tidak menurut perintahnya akan dibuangnya jauh-jauh.
5. Berjaya menunjukkan kebodohan dan jumudnya UMNO ini
6. Berjaya memecah belahkan part-parti kompenan di dalam BN.
7. Berjaya memberi “hadiah” kepada negara-negara yang bersekutu dengan nya.
8. Berjaya memperoleh sokongan “luar biasa” dari negara-negara luar termasuklah Amerika dan Pihak Israel.
9. Berjaya mengusai UMNO dan orang2 melayu – walaupun dikritik hebat dan mendapat mesej jelas sewaktu PRU12.
10. Berjaya memperolehi Dana daripada pihak tertentu untuk kepentinagn parti beliau seterusnya memudahkan beliau memenangi banyak kerusi di dalam PRU 12.

Persoalan :


1. Adakah kes liwat beliau baru-baru ini dirancang oleh beliau sendiri bersama sekutu-sekutunya untuk meneruskan kemaraan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya merampas atau mengambil alih daripada UMNO? Ataupun

2. Dirancang dan dirangka oleh pihak-pihak tertentu untuk menyekat beliau dari terus menuju puncak?

Sama-samlah kita ikuti kisah beliau ini sehingga penghujungnya…..

akan disambung lagi nanti……….Konspirasi Pak Lah & The Gangs di episod akan datang…


0 Responses to “Konspirasi Pak Lah, Anuar Dan Najib – Part 1”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: