15
Jul
08

MUHYIDDIN CABAR NAJIB ?

Apakah benar TS Muhyiddin Yassin akan mencabar DS Najib pada pemilihan UMNO pada bulan Disember ini? Kita tunggu akan ‘kejantanan’ dan ‘keberanian’ TS Muhyiddin ini. Bagi saya ‘molek’ benarlah jika TS Muhyiddin ini ‘berani’ untuk menyatakan hasratnya bertanding untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO ini dan meneruskan niatnya untuk ‘merampas’ jawatan tersebut daripada DS Najib.

Jika ini lah yang akan berlaku , saya berpendapat ahli UMNO akan ‘berteriak kegembiraan’ sambil melompat-lompat dan bersyukur kerana salah seorang pejuangnya yang diyakini akan kemampuan beliau selama ini akan menyatakan hasratnya untuk bertanding.

Dan saya juga yakin, keberanian beliau ini turut di sokong dan direstui oleh ahli-ahli UMNO keseluruhannya. Pada pandangan saya juga, TS Muhyiddin ini juga ‘layak’ untuk di gelar sebagai ‘Timbalan Presiden’ ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun juga ‘layak’ juga digelar Presiden UMNO. Ini kerana beliau telah lama ‘berkorban’ untuk berkhidmat dan berjuang di dalam UMNO ini.

Dan seperti yang kita maklum, TS Muhyiddin ini juga mempunyai ‘rekod bersih’ dan ‘cemerlang’ diantara pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini. Selama beliau berada di dalam UMNO ini tidak ada satupun kontroversi dan juga salah laku TS Muhyiddin ini kita dengar dan baca di akhbar-akhbar dan juga di internet. Dan jika adapun adakah ianya dapat dibandingkan dengan kontroversi-kontroversi ataupun skandal yang ada pada DS Najib dan juga DS Abdullah sendiri.

Di sini saya ingin ulas dan memberi pendapat serba sedikit tentang apa yang telah dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad siang tadi semasa menghadiri perasmian Pejabat Pentadbiran dan Biro Pengaduan Awam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini hari ini ( Sila baca di sini). Beliau menyatakan bahawa TS Muhyiddin ini berpeluang untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang kini disandang oleh DS Najib pada pemilihan jawatan peringkat tertinggi UMNO yang bakal diadakan pada hujung tahun nanti.

Menurut beliau lagi, tanggapan rakyat ataupun ahli-ahli UMNO amnya kepada DS Najib nampak beliau ini begitu ‘lemah’ dan ‘takut’ untuk melakukan suatu perubahan dan pemulihan segera di dalam UMNO yang sedang mengalami masalah kepimpinan yang ‘syok sendiri’ hari ini. Menurut beliau lagi, beliau menggambarkan TS Muhyiddin ini nampak bebas dari ‘kongkongan’ DS Abdullah berbanding Najib yang dikatakannya dikongkong dan bersikap ‘Yes Bos!’ ini.

Hari ini terus terang saya katakan, Ahli UMNO dan juga rakyat mahukan ‘perubahan besar’ dalam kedudukan tertinggi di dalam UMNO. Ahli UMNO khususnya telah bosan dan marah tentang ‘kepimpinan tertinggi UMNO ketika ini. Mereka nampak begitu yakin dan membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan permintaan ahli akar umbi ini. Mereka juga telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka untuk di dengari oleh pemimpin-pemimpin ini.

Tetapi malangnya ‘suara kecil’ ini tenggelam dan langsung tidak dipedulikan. Mereka sudah berangan-angan dan menentukannya terlalu awal untuk melihat dan menampakkan masa depan UMNO ini akan ‘selamat’ dan ‘pulih’ sepenuhnya tanpa di ajak ahli-ahli akar umbi ini sama untuk menentukannya. Ini semua telah kita lihat dan saksikan tentang keputusan-keputusan yang telah di putuskan oleh mereka-mereka sebelum ini. Dan adakah kita juga akan menyaksikan mereka-mereka ini akan membuat satu keputusan yang membelakangi ahli akar umbi umno lagi? Jawapannya adalah Tidak dan sudah cukup bagi muka kepada mereka-mereka ini. Nasihat saya jangan kita ulangi kesilapan yang lalu lagi dan insaflah berkenaan perkara-perkara yang telah kita lakukan untuk UMNO ini.

Sekiranya TS Muhyiddin ini menyatakan hasratnya dan mendapat sokongan penuh untuk bertanding, apakah beliau juga sudah ‘bosan’ dan ‘marah’ dengan DS Najib yang menurut Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap pada suatu majlis di Port Dickson sabtu lalu. Dalam kenyataanya itu, beliau telah mengatakan terdapat perjanjian diantara mereka berdua ini iaitu diantara DS Najib dan TS Muhyiddin berkenaan jawatan dan kedudukan mereka ini di peringkat tertinggi UMNO. Adakah TS Muhyiddin ini telah ‘naik angin’ dan ‘tidak boleh menerima’ pengkhianatan najib tentang perjanjian mereka ini?

Jika betul lah terdapat perjanjian diantara mereka di mana DS Najib dikatakan telah mengkhianati perjanjian tersebut. Saya rasa sebagai seorang pejuang bangsa, agama dan Negara yang tulin, beliau harus menyatakan hasratnya dengan ikhlas untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini. Sama ada ‘membalas dendam’ terhadap Najib setelah pengkhianatan yang dilakukan oleh DS Najib ini ataupun beliau lagi ‘berani’ untuk ‘membalas dendam’ terhadap DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO yang dikatakan ‘punca’ segala permasalahan yang berlaku hari ini di dalam UMNO dan Negara amnya.

Walau apa-apapun yang berlaku saya harap pertandingan ataupun pemilihan yang bakal diadakan nanti ini akan mendapat satu keputusan yang adil dan bersih. Dan juga boleh diterima oleh semua ahli akar umbi dan bukannya setakat ketua-ketua bahagian ataupun wakil-wakil rakyat tertentu sahaja yang menerima keputusan tersebut. Ketua-ketua bahagian juga diingatkan supaya ‘jujur’ dan ‘bertindak betul’ dalam menyuarakan hasrat ataupun usul yang akan dibentangkan pada menyuarat cawangan UMNO yang bakal menyusul tidak berapa lama lagi ini.

Beranilah, lantanglah dan jujurlah pada diri sendiri untuk menyuarakan ketidakpuasan hati anda dan juga tentang masalah-masalah kepimpinan yang terdapat hari ini yang akan membinasakan UMNO itu sendiri pada masa akan datang. Sekirannya ketua-ketua bahagian ini ‘tidak menghiraukan langsung’ dengan ‘suara kecil’ ini maka ‘berdosa’ dan ‘jahil’ lah saya ingin katakan kepada mereka-mereka yang telah dilantik oleh suara-suara kecil ini. Saya juga menyeru kepada anda semua, jika mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab membawa ‘suara’ kecil ini keatas akan kita adili mereka ini ataupun kita singkirkan sebagai wakil kita kerana ketidak jujuran yang telah mereka lakukan selama ini.

Diharap juga mereka dapat ubah pendirian dan betulkan diri sendiri dahulu tentang apa yang telah mereka lakukan sebelum ini yang lari dari matlamat asal dan perjuangan mereka di dalam UMNO ini. Kepada mereka-mereka yang ‘benar’ dan ‘sayang’kan UMNO ini demi bangsanya, agamanya dan juga negaranya. Bertindaklah segera dan ikhlas untuk memperbetul dan mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada hari ini. Semoga apa yang diharapkan oleh ahli-ahli akar umbi selama ini di terima dan dipandang serius oleh mereka-mereka yang bertangungjawab ini. Kita masih ada masa lagi sekarang ini, lakukan lah dengan cara yang tertib mengikut perlembagaan UMNO ini dan jangan di salah gunakan UMNO ini untuk kepentingan diri sendiri. Dan juga demi menyelamatkan UMNO, orang-orang melayu khususnya ahli-ahli UMNO harus bersatu padu, sepakat membuat keputusan dan mengambil tindakan dengan segera.


0 Responses to “MUHYIDDIN CABAR NAJIB ?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: