06
Aug
08

Laporan BPR – Pak Lah & Najib Terlibat Politik Wang

Semalam bertempat di Dataran Merdeka (berhampiran Pejabat BPR) telah berhimpun sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang diketui oleh Datuk Mazlan Harun (bekas ADUN Sungai Way) untuk membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan surat rasmi yang telah dihantar oleh Kapten (B) Zahar Hashim yang merupakan Ketua Bahagian UMNO, Petaling Jaya Selatan yang bertarikh 11hb Julai 2008 yang menyatakan dengan jelas tentang penglibatan Presiden UMNO (merangkap Perdana Menteri) dan juga Timbalan Presiden UMNO (merangkap Timbalan Perdana Menteri) telah terlibat secara terang-terangan terbabit dalam politik wang baru-baru ini semasa perjumpaan mereka dengan ketua-ketua bahagian, ketua-ketua pemuda, wanita dan puteri UMNO dari seluruh negara yang telah diadakan pada 10hb Julai 2008 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC.

Dalam surat itu juga (lihat posting terdahulu) menyatakan Presiden UMNO dan juga timbalannya telah terlibat berkempen dan merayu secara terang-terangan supaya mengekalkan mereka sebagai Presiden dan juga Timbalan Presiden UMNO untuk penggal berikutnya. Menurut beliau lagi Presiden dan juga Timbalan Presiden UMNO ini juga telah cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin ini yang bakal menghadiri Menyuarat Agung UMNO pada hujung tahun ini supaya menyokong beliau dan juga timbalan beliau ini.

Seperkara lagi beliau juga telah mendedahkan beberapa siri perjumpaan yang disebut sebagai ‘majlis ramah mesra’ antara Presiden UMNO ini dengan ketua-ketua cawangan yang dijemput khas dari beberapa negeri yang mana penginapan percuma disediakan dan juga diberikan kain pelikat serta sejadah kepada setiap mereka yang hadir sebagai buah mulut disamping ‘duit belanja’ yang tidak disebut berapa jumlahnya.

Dalam pada itu juga Kapten(B) Zahar telah mengarahkan pihak terlibat supaya menyiasat kes tersebut dan harus mengambil tindakan ke atas kedua-duanya sekali . Ini jelas menurut beliau bertentangan dengan tataetika yang dikeluarkan baru-baru ini iaitu Tataetika Ahli UMNO Versi 2008 (Tataetika Versi 2008) yang menurut beliau mereka yang berkempen di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat tertinggi tidak dibenarkan membuat sebarang jamuan ataupun diberi wang saguhati untuk mereka meraih undi. Dan di dalam tataetika itu juga menurut beliau lagi, Presiden dan Timbalannya terkecuali daripada undang-undang tersebut. Nyata dengan ini, Presiden dan juga Timbalan Presiden telah melakukan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi beliau.

Beliau juga menyeru supaya mereka yang terlibat ini disiasat dan dihukum dengan seberat-berat hukuman. Ini bertujuan mengelakkan supaya keupayaan dan kemampuan Badan penyiasat UMNO dan juga Lembaga Disiplin Parti dipertikaikan ataupun telah dipengaruhi oleh pihak tertentu. Ini juga akan di jadikan contoh dan teladan kepada mana-mana ahli yang terlibat dengan politik wang ini supaya mereka tidak akan melakukan perkara yang salah ini dimasa kan datang.

Perhimpunan untuk membuat laporan kepada BPR semalam turut dihadiri dan disertai oleh beberapa tokoh UMNO lain seperti Dato’ Idris Tulis, Dato Tamrin Ghafar, saudara Hassan Shah dan saudara Zaharin Yasin (sang Kelembai) selain turut dihadiri dan diiringi seramai lebih kurang 50 wartawan tempatan yang membuat liputan ini.

Semoga dengan laporan yang telah dibuat oleh Dato’ Mazlan ini akan membuka mata pemimpin-pemimpin lain yang ingin menegakkan keadilan dan menyatakan kebenaran, akan tampil membuat laporan tentang salah laku presiden UMNO ini supaya UMNO bersih dari segala bentuk politik wang terutamanya melibatkan pemimpin tertinggi parti.


0 Responses to “Laporan BPR – Pak Lah & Najib Terlibat Politik Wang”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: